Close

Lenovo Legion 2 Pro akan hadir dengan bateri 5500mAh bersama pengecasan pantas 90W

Lenovo telah pun mengumumkan tarikh pelancaran Lenovo Legion 2 Pro pada 8 April yang akan mencabar peranti permainan lain yang telah hadir di pasaran ketika ini.

Selepas mengesahkan yang Lenovo Legion 2 Pro akan hadir dengan Snapdragon 888, skrin bersaiz 6.92 inci FHD+ AMOLED, paparan 144Hz bersama sistem penyejukan turbo berganda. Hari ini Lenovo mendedahkan satu lagi spesifikasi bagi Legion 2 Pro.

Lenovo hari ini mengumumkan yang Legion 2 Pro akan mempunyai kapasiti bateri yang dipertingkatkan dari model yang terdahulu iaitu 5500mAh, 500mAh lebih besar dan akan menyokong pengecasan pantas 90W.

Lenovo sebelum ini menjanji akan mendedahkan spesisifikasi Legion 2 Pro setiap hari sehingga hari pelancarannya pada 8 April ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN