OnePlus Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan rasmi bagi OnePlus 8T yang dijana dengan cip pemproses Snapdragonr 865, rangkaian 5G, pilihan memori 8GB atau 12GB RAM dan pilihan storan 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1.
Untuk spesifikasi, OnePlus 8T hadir dengan skrin 6.5-inci FHD+ Fluid AMOLED yang rata bukan melengkung bersama paparan segar semula 120Hz dan 240Hz sampling rate. Bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas 65W, kuad-kamera 48MP + 16MP + 5MP + 2MP dan 16MP swafoto.