![]() |
OnePlus 8T bakal dilancarkan tidak lama lagi. OnePlus seperti kebiasaan akan melancarkan dua peranti kelas premium setahun. Namun pada tahun ini, terdapat sedikit perubahan dengan ketiadaan model OnePlus 8T Pro.
![]() |
Dari imej yang tertiris memperilhatkan OnePlus 8T bakal menggunakan kamera modul yang baru berbentuk “C” berbeza dari peranti OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Menggunakan empat tetapan kamera dengan 48MP kamera utama,16MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP potrait. Untuk kamera hadapan ia bakal menggunakan sensor 32MP.
![]() |
Untuk speksifikasi dalaman, OnePlus 8T dikatakan akan menggunakan cip pemproses 865 dan bukan 865+. Menyokong paparan 120Hz dan menggunakan skrin jenis rata bersaiz 6.55 inci FHD+. Bagi memori ia bakal hadir dengan dua pilihan 8GB/128GB dan juga 12GB/256GB. Dan buat pertama kalinya OnePlus akan menggunakan pengecasan pantas 65W pada OnePlus 8T dengan kapasiti bateri 4500mAh.