Pada Huawei Developer Conference 2019 (HDC 2019), Huawei telah mengumumkan sistem operasi pertama mereka sendiri iaitu Harmony OS. Harmony OS telah dipersembahkan pertama kali di Honor Vision Smart TV, dan Huawei sangat komited untuk menghasilkan OS untuk peranti mereka.
Dan pada HDC 2020 Huawei mengumumkan yang Harmony OS akan digunakan pada peranti, dan ia dijangkakan akan mula digunakan pada akhir tahun 2020.
Harmony OS 2.0 akan membawa perubahan pada perisian, pengurusan data, dan keselamatan pada OS, serta pengenalan kerangka UX yang adaptif. Huawei juga juga bakal menjadikan sistem Harmony OS sebagai sumber terbuka. Projek sumber terbuka akan dilancarkan secara berperingkat dan versi beta dijangka hadir pada akhir tahun 2020.
Bermula pada 10 September, HarmonyOS akan digunakan pada peranti IoT 128KB-128MB, seperti Smart TV, wearables, kereta dan banyak lagi. Dan pada April 2021 pula, ia akan digunakan pada peranti 128MB-4GB. Dan untuk peranti 4GB ke atas ia akan mula digunakan pada Oktober 2021.