![]() |
Oppo telah melakukan demonstrasi secara langsung menggunakan pengecasan pantas mereka iaitu Flash Charge 125W. Fon dengan 4000mAh bateri telah digunakan dalam demonstrasi tersebut. Yang mana 0%-41% hanya dalam 5 minit sahaja.
![]() |
Walaupun Flash Charge menggunakan kuasa dua kali ganda , namun ia masih tidak bekerja dengan dua kali ganda kepantasan semasa mengecas. Ini kerana, kecepatan pengecasan akan menjadi perlahan ketika mengisi untuk mengelakkan suhu yang melampau disamping menjaga kesihatan bateri.
![]() |
Bercakap mengenai perlindungan, Oppo telah meningkatkan sensor suhu dari 4 kepada 10 untuk memastikan bahawa suhu bateri tidak melebihi 40° C. Menggunakan enkripsi 128-bit untuk mengelak dari serangan pengodam.
![]() |
Oppo mengatakan teknologi Flash Charge 125W sudah memasuki fasa pengeluaran dan kami menjangkakan yang tidak lama lagi akan ada peranti akan menggunakan teknologi ini.
(sumber)