Close

GSC Pavilion akan ditutup selamanya bermula 17 Februari ini

Baru-baru ini pihak GSC (Golden Screen Cinemas) telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan menutup operasi pawagam mereka yang bertempat di Pavilion, pusat membeli belah yang cukup terkenal di Kuala Lumpur.

Jika melihat dari sejarah pembukaan GSC di Pavilion, pawagam itu mula beroperasi sejak November 2007 dan sehingga ke hari ini sudah hampir 13 tahun mereka beroperasi.

Menerusi notis yang diwar-warkan, pihak GSC akan menutup pawagam mereka di Pavilion berkuatkuasa pada 17 Februari (Isnin) ini. Menurut Lowyat.net, telah menyebut bahawa penutupan pawagam di Pavilion ini adalah kerana pihak GSC tidak mencapai perjanjian baharu dengan Pavilion.

Dengan penutupan ini, mungkin tiada lagi pawagam di Pavilion atau mungkin akan digantikan dengan syarikat lain. Sementara itu, jika ingin menonton wayang di pusat bandar KL, anda boleh pergi ke pawagam sekitarnya seperti GSC MyTOWN (Cheras) atau TGV (KLCC). 

ARTIKEL BERKAITAN