Close

Siri Huawei P40 kini rasmi di Malaysia – Harga mencecah RM4,999

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan siri Huawei P40 terbaru mereka buat pasaran Malaysia yang hadir dengan 3 pilihan varian iaitu Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro+. Ketiga-tiga peranti ini dijana dengan cip pemproses Kirin 990 dan rangkaian 5G.

P40 dan P40 Pro hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Blush Gold, Deepsea Blue dan Silver Frost. Untuk spesifikasi penuh, boleh lihat di pautan ini. Berikut harga rasmi siri Huawei P40 Pro :

  • P40 (8GB + 128GB) RM2,799
  • P40 Pro (8GB + 256GB) RM3,899
  • P40 Pro+ RM4,999

Pra-tempahan untuk P40 dan P40 Pro dibuka pada 3 April sehingga 10 April 2020 melalui laman web penjualan rasmi Huawei dan Huawei Official Store Lazada, manakala penghantaran bermula 11 April ini. Buat masa ini untuk P40 Pro+ masih belum diketahui bila ia akan dijual.

Huawei Malaysia juga turut menawarkan hadiah bernilai RM1,300 iaitu Huawei FreeBuds 3, storan awan 50GB, penambahan waranti 1 tahun, perlindungan skrin 1 bulan dan 3 bulan langganan Huawei Video.

Pembeli P40 juga turut akan mendapat pelindung kerangkan (casing) pengecasan tanpa wayar, manakala P40 Pro pula akan mendapat pengecasan tanpa wayar kerea SuperCharge.

ARTIKEL BERKAITAN