Close

Pelindung skrin iPhone SE (iPhone 9 dengan saiz 4.7-inci) tertiris di Apple Store

iPhone yang bersaiz 4.7-inci yang dipercayai adalah iPhone 9 bakal diperkenalkan kelak oleh Apple. Laporan sebelum ini ada menyebut bahawa Apple akan mengumumkan pada 15 April ini dan penghantaran bermula 22 April.

Berdasarkan laporan dari The Verge, terdapat gambar yang tertiris dari laman web rasmi Apple Store menunjukkan pelindung skrin jenama Belkin dengan 3 pilihan model iPhone iaitu iPhone SE, iPhone 7 dan iPhone 8 yang bersaiz 4.7-inci.

Jika mengikut saiz asal iPhone SE (2016), ia bersaiz 4.0-inci seperti iPhone 5S. Namun ini berbeza, kerana ia bersaiz 4.7-inci seperti iPhone 8. Boleh jadi ini adalah iPhone terbaru kelas bajet yang bakal diperkenalkan kelak oleh Apple.

Laporan dari 9to5mac baru-baru ini juga sudah mengesahkan bahawa Apple akan perkenalkan iPhone baru ini akan mempunyai pilihan storan 64GB, 128GB dan 256GB dengan pilihan warna White, Black dan PRODUCT (Red). Info lanjut, tonton video :

ARTIKEL BERKAITAN