Jika kita lihat peranti yang ditawarkan oleh Xiaomi pada tahun ini, kebanyakan sudah dilengkapi dengan rangkaian 5G pada peranti kelas atasan, mahupun kelas pertengahan buat model yang dikeluarkan pada jenama Xiaomi ataupun Redmi.
Menurut laporan, CEO Xiaomi sendiri telah menyatakan bahawa syarikat mereka akan berhentikan pengeluaran peranti berasaskan rangkaian 4G di pasaran China pada penghujung tahun 2020. Xiaomi juga sedang mengusahakan teknologi 6G dan pembangunan teknologi satelit internet mereka sendiri.
Xiaomi, adalah antara syarikat teknologi yang ternama dari China. Mereka ada kemampuan yang dilihat mampu berdaya saing dengan pesaing mereka seperti Huawei dan Samsung. Sekarang ini pun kita boleh lihat banyak teknologi berasaskan IoT (Internet of Things) yang telah diperkenalkan oleh Xiaomi. Jadi, dengan langkah pembangunan 6G, sekaligus ia mampu memacu teknologi ke arah yang lebih baik.