Close

Siri Redmi 10X hadir dengan skrin AMOLED, MediaTek Dimensity 820 dan rangkaian 5G – Harga sekitar RM977

Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan peranti kelas pertengahan terbaru mereka iaitu siri Redmi 10X yang hadir dengan 2 pilihan varian Redmi 10X dan 10X Pro yang dijana dengan MediaTek Dimensity 820 yang hampir setaraf dengan Snapdragon 855 dan dwi rangkaian 5G.

Pada bahagian lain, siri Redmi 10X dilengkapi dengan skrin AMOLED (1080×2400) bersaiz 6.57-inci, menyokong HDR 10+, pengimbas cap jari di skrin dan paparan 60Hz. 10X mempunyai bateri sebesar 4520mAh bersama pengecasan 22.5W, manakala 10X Pro dengan bateri yang sama bersama pengecasan 33W.


Redmi 10X mempunyai tri-kamera 48MP utama, 8MP ultra sudut lebar, dan 2MP bokeh dengan kamera swafoto 16MP. Manakala versi Pro dengan kuad kamera 48MP utama, 8MP ultra sudut lebar, 8MP telefoto (30x kali zum), dan 5MP makro dengan kamera swafoto 20MP.

Selain itu, siri Redmi 10X juga turut hadir dengan MIUI 12, pengesahan IP53, port jenis USB-C, bicu audio 3.5mm, IR Blaster dan NFC untuk versi Pro. Berikut adalah harga yang ditawarkan untuk pasaran di China :

Redmi 10X

  • 6GB + 64GB = CNY 1,599 (RM977)
  • 6GB + 128GB = CNY 1,799 (RM1,100)
  • 8GB + 128GB = CNY 2,099 (RM1,283)
  • 8GB + 256GB = CNY 2,399 (RM1,467)
Redmi 10X Pro
  • 8GB + 128GB = CNY 2,399 (RM1,467)
  • 8GB + 256GB = CNY 2,599 (RM1,589) 

ARTIKEL BERKAITAN