Close

iPhone 11 mencatatkan penjualan fon tertinggi dengan 19.5 juta berbanding peranti lain pada Q1 2020

Menerusi laporan dari Omdia, terdapat rekod yang telah dikeluarkan menunjukkan penjualan fon tertinggi bagi suku tahun pertama (Q1) tahun 2020. Jika melihat dari rekod yang dikeluarkan, iPhone 11 mencatatkan penjualan tertinggi dengan 19.5 juta keseluruhan dan menjadikan iPhone 11 fon paling laris pada Q1 2020 secara global.

Jika dibandingkan dengan rekod iPhone Xr pada Q1 2019, terdapat peningkatan yang ketara dari 13.6 juta (iPhone Xr) ke 19.5 juta (19.5) yang sekaligus menandakan kuasa membeli pengguna terhadap iPhone yang lebih murah, cip pemproses terbaru dan ciri yang dikurangkan sikit lebih banyak dapat jualan berbanding iPhone kelas atasan seperti versi Pro atau Pro Max.
Selain itu, Samsung Galaxy A51 unggul di tempat kedua (6.8 juta), seterusnya tipis Redmi Note 8 (6.6 juta), Redmi Note 8 Pro (6.1 juta), iPhone Xr (4.7 juta), iPhone 11 Pro Max (4.2 juta) dan sebagainya. Dari senarai 10 peranti yang dapat banyak jualan, iPhone, Samsung dan Redmi mengungguli pasaran global berbanding jenama lain.

ARTIKEL BERKAITAN