![]() |
Peranti kelas premium tahun ini dilihat menerima sedikit kenaikkan harga. Berbanding dengan tahun sebelumnya. Perkara ini, dijangkakan akan berterusan berlaku pada peranti baru kelas premium. Telefon pintar baru sentiasa hadir dengan speksifikasi tertinggi dan ianya pasti dengan tanda harga yang tinggi. Xiaomi dan Oneplus antara pengeluar telefon yang sentiasa memberikan tanda harga yang munasabah pada peranti kelas premium mereka.
Harga kos bagi cip pemproses SD875 dianggarkan sekitar $250, ianya $100 lebih mahal berbanding cip pemproses SD865. Kita boleh menjangkakan bahawa peranti kelas premium akan datang pasti akan menerima peningkatakan harga.
Cip pemproses SD875 masih belum rasmi, ura-ura SD875 akan menggunakan susunan teras 1 + 3 + 4. Menggunakan teras ARM Cortex X1 dan teras Cortex A78. Cortex X1 dan Cortex A78 mempunyai peningkatan prestasi sehingga 30% dan 20%, berbanding teras Cortex A77.