![]() |
Google telah lama menggunakan nama pencuci mulut pada versi Android mengikut susunan abjad.
Namun, menurut Dave Burke yang merupakan Naib Presiden Kejuruteraan Android telah memberitahu didalam satu podcast All About Android bahawa Android 11 masih mempunyai nama pencuci mulut yang digunakan secara dalaman oleh Jurutera Google dalam pembangunan Android 11.
Dave Burke menambah lagi, yang mana Android 10 juga mempunyai nama pencuci yang digunakan secara dalaman. Abjad bagi Android 10 adalah Q dan nama yang digunakan adalah Quince Tart. Nampaknya Google masih menggunakan nama pencuci mulut walaupun ia digunakan secara dalaman.
Android akan datang adalah 12 dan Abjadnya adalah S. Agaknya, apakah nama yang akan digunakan Google secara dalaman. Ia sesuatu yang menarik untuk diketahui.