Close

Redmi K30 Ultra kini rasmi – Mediatek 1000 Dimensity 5G dan paparan 120Hz dengan harga sekitar RM1,209

Xiaomi menyambut ulang tahun ke 10 mereka dengan melancarkan Redmi K30 Ultra. Redmi K30 Ultra adalah penambahbaik dari siri Redmi K30 Pro. Redmi K30 Ultra menggunakan cip pemproses dari Mediatek iaitu Dimensity 1000.

Redmi K30 Ultra hadir dengan skrin bersaiz 6.67 AMOLED FHD+, paparan K30 Ultra telah ditambahbaik sehingga dua kali ganda iaitu 120Hz, yang mana Redmi K30 Pro hanya menyokong paparan 60Hz. Untuk pengoptimum penggunaan bateri paparan 120Hz dan 60Hz akan bertukar secara automatik. K30 Ultra menggunakan 240Hz touch sampling rate dan menyokong kandungan HDR10+.

Redmi K30 Ultra menggunakan cip pemproses Mediatek Dimensity 1000 5G.  Cip ini menggunakan binaan 7nm dan digabungkan dengan GPU Mali-G77. Cip pemproses Mediatek ini mempunyai skor antutu yang tinggi dan menyokong dual mod 5G dan dual mod tersedia 5G.

Di bahagian kamera, Redmi K30 Ultra menggunakan tetapan empat kamera belakang. Dengan kamera utama 64MP, 13MP kamera sudut lebar, 5MP kamera telemacro dan 2MP kamera potrait. Kamera hadapan jenis menaik bersaiz 20MP.

Untuk video, K30 Ultra menyokong fitur zum audio. Yang mana ia mempunyai tiga mikrofon bagi membolehkan ia menangkap audio dengan jelas dan baik walaupun pada jarak yang jauh.

Menggunakan pengecasan pantas 33W untuk mengisi bateri sebesar 4,500mAh. Untuk pengecasan penuh hanya satu jam diperlukan.Fitur lain pada Redmi K30 Ultra adalah sokongan IR Blaster dan NFC.

Untuk pilihan warna, Redmi K30 Ultra hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Moonlight White, Midnight Black, dan Mint Green. Dan Model ini mempunyai empat variasi iaitu :-

6GB+128GB = RM1,209 (RMB 1,999) (~ $ 287)
8GB+128GB = RM1,327  (RMB 2,199 (~$316)
8GB+256GB = RM1,507  (RMB 2.499 (~ $ 359)
8GB=512GB = RM1,629  (RMB 2,699 (~ $ 388)

Redmi K30 Ultra akan mula dijual pada 14 Ogos disemua stor rasmi Xiaomi di China.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN