Close

Google Lens kini mampu menyelesaikan masalah matematik dan sains

Google Lens adalah salah satu aplikasi yang berguna yang mana anda boleh mencari apa yang anda lihat. Hanya arahkan sahaja kamera kepada objek,perkataan, gambar, haiwan dan lain-lain Google Lens pasti akan dapat menjawabnya.

Pada awal tahun lalu, Google telah menambah ciri baru pada Google Lens. Iaitu kemampuan menyalin teks ke komputer. Dan Google bakal menambah satu lagi fungsi yang memudahkan urusan kerja rumah matematik dan juga sains.

Fungsi baru ini akan membantu dalam menyelesaikan masalah matematik dan sains. Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah dengan cepat, ia juga menunjukkan langkah kerja bagaimana jawapan itu dicapai. Aplikasi Google Lens boleh dimuaturun di Google Play Store. Kini mencari X lebih mudah

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN