![]() |
Microsoft hari ini melancarkan Microsoft Surface Duo mereka. Sebelum ini, Microsoft telah mendedahkan rekaan awal mengenai Microsoft Surface Duo. Surface Duo adalah peranti yang boleh lipat sepenuhnya dan menjalankan sistem operasi Android.
Surface Duo menggunakan dua skrin 5.6 inci AMOLED yang berasingan dengan nisbah 4:3 yang boleh digabungkan menjadi 8.1 inci dengan nisbah 3:2. Tidak seperti Galaxy Fold,Surface Duo menggunakan pelindung skrin jenis Gorilla Glass sebenar.
![]() |
Surface Duo dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855, RAM 6GB dan hadir dengan dua pilihan storan 128GB dan juga 256GB. Namun, Surface Duo tidak menyokongan rangkaian 5G.
![]() |
Satu perkara yang menjadi persoalan berkenaan Surface Duo adalah kameranya. Surface Duo hanya menggunakan satu kamera sahaja dengan sensor bersaiz 11MP menyertakan keupayaan seperti mod malam, multi-bingkai HDR dan super zum sehingga 7x. Untuk rakaman ia menyokong 4K dan juga 1080P dengan 30fps dan 60fps.
![]() |
Microsoft telah berkerjasama dengan Google dalam membangunkan Surface Duo. Surface Duo sudah boleh di pra tempah hari ini dengan tanda harga sekitar RM5,863 ($1399) dan ia di tawarkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Glacier.
(sumber)