Intel hari ini mengumumkan pemproses generasi baru dengan kod nama “Tiger Lake”. Ia merupakan pemproses generasi ke 11 dari Intel. Siri Tiger Lake adalah pengganti kepada siri Ice Lake. Pemproses Tiger Lake menggunakan seni bina mikro Willow Cove Core terbaru dari Intel dan menampilkan grafik Intel Iris Xe.
Tiger Lake dihasilkan dengan menggunakan node 10nm generasi ketiga dari Intel atau dikenali sebagai teknologi “SuperFin”. Komputer riba dengan pemproses Tiger Lake dijangka akan memasuki pasaran pada hujung tahun 2020.
Teknologi Intel SuperFin menggunakan teknologi intra-node yang mana ia adalah gabungan SuperMIM dan proses FinFET halus. Kapasitor SuperMIM (Metal-Insulator-Metal) dapat mengekalkan frekuensi yang lebih tinggi dan lebih lama daripada pemproses lain.
Cip Pemproses Tiger Lake ini mempunyai sembilan model berbeza dalam pakej UP3 dan UP4. Intel mendakwa Intel Core i7-1185G7 lebih berkuasa dari i7-1065G7U dengan pretasi 100%. Varian UP3 hadir dengan konfigurasi 4-core 8 thread dan model kelas atasan menyokong frekuensi Turbo sehingga 4.8Ghz dengan satu teras dan 4.1Ghz untuk semua teras. TDP pemproses adalah antara 7 hingga 28 watt.
Selain dari peningkatan dalam pemprosesan dan keupayaan grafik , pemproses generasi ke 11 Intel ini juga disertakan dengan sokongan Wi-Fi 6 dan Thunderbolt 4. Ia juga menyokong resolusi HDR sehingga 8K pada paparan tethered atau empat paparan pada resolusi HDR 4K.