Hari ini, realme melancarkan dua lagi peranti mereka iaitu realme 7 dan 7 Pro. ia merupakan kesinambungan peranti sebelum ini iaitu realme 6 dan realme 6 Pro. siri realme 7 dan 7 Pro menawarkan peningkatan spesifikasi yang terbaik dipasaran ketika ini.
![]() |
realme 7 hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci FHD+ dengan paparan 90Hz LCD. Dan merupakan peranti pertama yang menggunakan cip pemproses Helio G95 dari MediaTek. Cip ini menawarkan peningkatan dari segi grafik untuk permainan.
![]() |
realme 7 menggunakan empat tetapan kamera dibelakang dengan kamera utama 64MP aperture f/1.8, 8MP kamera sudut lebar, 2MP kamera depth sensor dan 2MP adalah kamera macro. Untuk kamera hadapan 16MP aperture f/1.6. untuk rakaman ia menyokong sehingga 4K 30fps.
![]() |
Kapasiti bateri bagi realme 7 telah dipertingkat kepada 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W. realme mendakwa 0%-100% ia hanya mengambil masa 65 minit pengecasan. realme 7 hadir dengan dua konfigurasi iaitu 6GB/64GB dengan harga RM805 ($205) dan 8GB/128GB RM953 ($230). Pilihan warna adalah Mist Blue dan Mist Silver.
![]() |
Untuk realme 7 Pro ia menawarkan speksifikasi yang lebih baik. Ia hadir dengan skrin 6.4 inci FHD+ Super AMOLED dan hanya menggunakan paparan 60Hz sahaja. Menggunakan cip pemproses yang sama pada realme 6 Pro iaitu 720G.
![]() |
Menggunakan tetapan empat kamera dengan sensor utama 64MP Sony IMX682 dengan aperture f/1.8, 8MP kamera sudut lebar, 2MP kamera depth sensor, dan 2MP kamera macro. Untuk kamera hadapan pula menggunakan sensor 32MP.
![]() |
realme 7 Pro menawarkan pengecasan pantas 65W dengan kapisiti bateri 4500mAh. realme mendakwa 0%-100% hanya mengambil masa 34 minit sahaja. fungsi lain bagi realme 7 Pro adalah stereo speaker dan pengimbas cap jari dibawah skrin.
![]() |
realme 7 Pro menawarkan dua konfigurasi iaitu 6GB dan 8GB RAM dengan teknologi LPDDR4X dan untuk storan ia hadir dengan satu storan sahaja iaitu 128GB UFS 2.1 tiada storan 64GB ditawarkan. Harga bermula RM1,119 ($270) untuk 6GB/128GB dan RM1,244 untuk 8GB/128GB. Terdapat dua pilihan warna iaitu Mirror Blue dan Mirror Silver.