![]() |
Samsung Galaxy Fold adalah salah satu peranti futuristik yang dihasilkan oleh Samsung. Samsung Galaxy Fold 2 5G kini telah dilancarkan secara rasmi dengan rekaan dan speksifikasi yang telah ditambah baik bagi memberikan pengalaman yang berbeza berbanding model yang pertama.
![]() |
Samsung Galaxy Fold 2 5G hadir dengan 7.6 inci Foldable Dynamic AMOLED 2X menyokong paparan 120Hz dan juga HDR10+. Apabila ia dilipat skrin utama akan menjadi 6.2 inci menjadikan lebih berguna berbanding Galaxy Fold.
![]() |
Samsung Galaxy Fold 2 5G juga telah ditambah baik dengan mengantikan skrin plastik yang digunakan pada Galaxy Fold kepada kaca ultra nipis yang lebih tahan lasak. Di tambah dengan fungsi Flex Mode yang membolehkan ia digunakan pada bukaan separuh seperti komputer riba.
Ia juga lebih nipis (setebal 6mm) dan mempunyai jurang yang lebih nipis dengan paparan menjadikan ia lebih mesra poket berbanding Galaxy Fold.
![]() |
Galaxy Fold 2 5G hadir dengan dua pilihan warna iaitu “mystic black” dan “mystic bronze” dan satu warna edisi terhad iaitu “Thom Browne edition”. Harga bagi Galaxy Fold 2 5G adalah RM7,999 dan pra tempah bermula 11 sehingga 24 September.