Berita baik, Android 11 kini sudah boleh dimuat turun oleh Google Pixel 2, 3, 3A, 4, dan 4A.dan ia merupakan peranti yang pertama melihat notifikasi kemaskini Android versi 11. Namun, beberapa pengeluar lain juga akan menerima kemaskini Android versi 11 seperti OnePlus 8 dan 8 Pro, Oppo’s X2 dan Reno 3.
Android 11 memperlihatkan pelbagai ciri baru pada sistem operasi mudah alih Google, walaupun secara keseluruhanya, kemas kini ini kurang difokuskan kepada penambahan fungsi baru, kerana ia lebih untuk memudahkan pengguna menguruskan pelbagai perkara pada peranti mereka.’
Perubahan besar pada Android versi 11 adalah pada fungsi perbualan yang mana ia mengumpulkan notifikasi dari aplikasi pemesejan ke bahagiannya yang tersendiri pada drop-down notifikasi dan menambahkan antara muka “bubble” seperrti Facebook Messenger untuk menjadikannya lebih mudah untuk diakses.
Fungsi lain yang hadir adalah kawalan media baru, paparan screenshot baru, system-level smart home control menu yang boleh diakses dengan menekan butang kuasa yang panjang, restrictive permissions settings yang lebih ketat dan beberapa fungsi lain.
Buat pengguna Google Pixel dimalaysia periksa kemas kini anda dan kongsikan diruangkan komen.