Close

Individu yang balik dari Sabah ke Semenanjung tidak perlu kuarintin 14 hari – Menteri Kanan Pertahanan

 

Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah memberitahu bahawa individu yang balik dari Sabah ke Semenanjung Malaysia tidak perlu dikuarintin 14 hari sekiranya mereka sudahpun disahkan negatif melalui ujian saringan COVID-19 di lapangan terbang. 

Beliau juga turut menambah, jika ujian dilakukan dalam hari yang sama, individu yang disaring akan tetap menggunakan gelang khas dan boleh balik ke rumah untuk menunggu hasil ujian saringan tersebut. Jika negatif, gelang tersebut boleh dipotong.

Malah, ia juga terpulang pada individu tersebut sama ada mereka ingin kuarintin diri selama 14 hari atau tidak. Asalkan ujian saringan tersebut adalah negatif dan jika ujian menunjukkan positif, tindakan seterusnya akan diambil oleh pihak KKM. Sumber :

Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob told reporters in Kota Kinabalu on Sunday that those returning to Peninsular Malaysia from Sabah are not required to be quarantined for 14 days if they tested negative for Covid-19 in screening at airports starting from Sunday. pic.twitter.com/btJtDjOWsG

— The Star (@staronline) September 27, 2020

ARTIKEL BERKAITAN