Huawei telah pun melancarkan siri baru peranti premium mereka. Dengan menampilkan empat model yang merangkumi Mate 40, Mate 40 Pro, Mate 40 Pro +, dan Mate 40 RS Porsche Design. Jangkaan awal kesemua barisan ini akan menggunakan cip kirin yang sama iaitu kirin 9000.
Namun, terdapat laporan hanya tiga model utama sahaja yang menggunaka Kirin 9000 dan Huawei Mate 40 pula menggunakan Kirin 9000E. Apakah perbezaan diantara Kirin 9000 dan juga Kirin 9000E?
Perbezaan antara Kirin 9000 dan juga Kirin 9000E tidaklah begitu ketara. Kedua-duanya menggunakan pemproses grafik yang sama iaitu Mali-G78. Tetapi Kirin 9000 menggunakan 24 Core sementara Kirin 9000E menggunakan 22 Core.
Di bahagian NPU juga terdapat perbezaan dengan NPU Kirin 9000 menggunakan gabungan 2 big core + 1 tiny core. Dan Kirin 9000E pula menggunakan gabungan 1 big core + 1 tiny core.
Secara keseluruhan ia tidak memberikan kesan prestasi yang ketara. Dengan hanya dua perbezaan iaitu pada GPU dan NPU. Dan ini menunjukkan Kirin 9000E tidak akan mempengaruhi prestasi pada Huawei Mate 40.