Close

realme 7 Pro Edisi Khas ‘Vegan Micrograin Leather’ dengan rekaan yang lebih elegen dan mewah!

realme merupakan pengeluar yang sentiasa hadir dengan rekaan yang lebih segar sesuai untuk trend masa kini. Bukan hanya pada fungsi dan juga spesifikasi, realme turut berinovasi dalam reka bentuk seperti warna, bahan binaan dan juga prosese pembuatan.


Bagi realme pilihan bahan binaan dan warna merupakan perkara penting untuk menghasilkan peranti yang istimewa. Dan buat pertama kali, realme menggunakan bahan binaan dari Vegan Micrograin yang mesra alam pada realme 7 Pro edisi istimewa.

Untuk pilihan warna pada edisi istimewa realme 7 Pro kali ini, realme telah mengambil inspirasi daripada terbitnya matahari untuk menjadikan warnanya lebih unik dan menjadikan ia lain dari yang lain. Pilihan warna ini juga sangat menarik dan menjadikan penggunaan lebih menyerlah.

Edisi istimewa ini juga diterapkan dengan elemen mewah dan elegan. Reka bentuk warna penutup belakang yang terpisah dengan dua tona warna contras yang sangat inovatif sinonim dalam industri fesyen. 

Menariknya lagi, realme 7 Pro edisi istimewa ini juga turut dibekalkan dengan pengecasan pantas 65W, cukup pantas untuk mengecas realme 7 Pro dari 0% ke 13% dalam masa 3 minit sahaja tanpa menunggu lama. 

Untuk anda yang suka ambil gambar, fon ini juga mempunyai AI Color Filter dan Night Filter yang mampu mengubah imej menjadi lebih menarik! Memberi pemandangan dalam setiap suasan lebih Nampak cantik.

Bahagian rakaman video juga tidak terkecuali kerana mempunyai fungsi rakaman video AI Potret untuk memastikan kamera lebih fokus pada objek atau subjek dengan kualiti yang cukup jelas.

Bagi memastikan realme 7 Pro mempunyai struktur binaan yang nipis dan ringan, realme menggunakan bahan binaan Vegan Micrograin yang hanya 0.4mm. Sekaligus dapat menghasilkan rekaan yang baru. Dari proses kulit mentah sehingga kepada produk akhir.

Untuk penghasilan penutup belakang yang berkualiti tinggi, realme 7 Pro perlu melalui 14 proses pembuatan yang sangat teliti dari proses pemotongan, jahitan, penekanan sejuk dan juga penekanan panas. Tidak seperti penutup belakang biasa yang ada di pasaran, bahagian tepinya turut memerlukan proses lain seperti dipasang, dicat dan juga dijahit sama seperti barang kulit premium lain.

Hanya pada ada realme 7 Pro edisi istimewa, logo ikonik realme pada penutup belakang bukan dicetak tetapi ia dbentuk secara berasingan, kemudian disadur dan dipotong CNC untuk memberi kesan logam yang menyerlah pada permukaan kulit.

Cara penghasilan edisi istimewa ini adalah sangat unik yang didedikasi kepada semua peminat realme. Terutama kepada peminat yang menghargai kepada seni pembuatan. Pastikan edisi istimewa ini menjadi salah satu koleksi yang wajib ada pada semua peminat realme diluar sana.

Pelbagai spesifikasi menarik yang anda akan dapat dengan pembelian realme 7 Pro seperti pengecasan 65W SuperDart Charge, kuad-kamera 64MP, skrin Super AMOLED 6.4-inci dan pelbagai lagi untuk harga RM1,499 sahaja! Boleh mula dibeli pada 28 Oktober ini di Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN