Close

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 November 2020

Kerajaan hari ini telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilanjutkan dari 27 Oktober sehingga 9 November 2020 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya ekoran kes yang semakin meningkat.

Dari laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, kes jangkitan COVID-19 di Malaysia merekodkan 1,240 kes (1,238 tempatan dan 2 import). Juga terdapat 691 kes yang sembuh, 3 kluster baharu dan 7 lagi kematian.

Mengikut pecahan, kes jangkitan tertinggi adalah dari :

  • Sabah – 927 kes
  • Selangor – 177 kes
  • Pulau Pinang – 61 kes
  • Negeri Sembilan – 25 kes
  • Kuala Lumpur – 17 kes
  • Dan diikuti oleh negeri lain yang mempunyai bawah 10 kes
(Sumber : KKM)

ARTIKEL BERKAITAN