Jika anda pengguna tegar perkhidmatan perbankan CIMB Clicks, ini mungkin satu berita yang kurang senang didengar kerana laman sesawang CIMB Clicks sedang mengalami masalah teknikal dan tidak boleh digunakan bermula (2.01 AM) 27 Oktober sehingga (11.44 PM) 30 Oktober 2020.
Namun, aplikasi CIMB Clicks di iOS dan Android masih boleh digunakan seperti biasa. Akan tetapi, terdapat fungsi yang terhad jika dibandingkan dengan CIMB Clicks di laman sesawang.
Dalam masa satu tahun saja, sudah banyak kali CIMB Clicks menghadapi permasalahan seperti ini. Apakah tiada penyelesaian yang diusahakan oleh pihak CIMB? Dengan masalah kerap sebegini sudah tentu ia menyusahkan pengguna. Harap pihak CIMB lebih ambil serius tentang isu yang sering berlaku ini.