Close

Huawei FreeLace Pro – Rekaan yang mewah, selesa dan sedap!

Fon telinga tanpa wayar jenis tali leher boleh dikatakan sebagai satu trend masa kini kerana ketahanan bateri yang lebih baik, sambungan yang lebih bagus, kawalan yang lebih mudah, rekaan yang lebih bergaya dan penggunaan yang lebih efisyen.
Huawei FreeLace Pro adalah salah satunya yang menarik untuk saya kongsikan dalam ulasan kali ini. Ia hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Spruce Green, Obisdian Black dan Dawn White yang memang menangkap mata jika sekali pandang.
Rekaan
FreeLace Pro boleh dikira sebagai ringan kerana ia cuma 34 gram sahaja. Dengan penggunaan getah yang lembut, ia rasa selesa ketika digunakan di bahagian leher dan tidak rasa kesat di kulit. Terdapat sambungan USB-C yang berfungsi sebagai pengecas yang boleh ditutup dan buka.

Jika anda rasa kurang selesa dengan buds yang sedia ada, anda boleh tukar dengan beberapa pilihan saiz mengikut keselesaan dan kesesuaian saiz gegendang telinga anda. Untuk menanggal dan menukar saiznya juga mudah. Cuma bagi yang baru guna atau tidak biasa, mungkin kurang selesa apabila sentiasa tergantung di leher.
Pada bahagian lain, terdapat juga butang kawalan main dan berhenti, kelantangan bunyi dan butang kuasa. Butang yang ada juga boleh digunakan sebagai penyambung Bluetooh, menjawab panggilan dan memanggila pembantu maya seperti Google Assitant.
Kualiti Audio
Dari segi kualiti audio, FreeLace Pro dilengkapi dengan pembatalan hingar aktif (ANC) yang memberi pengalaman mendengar muzik yang lebih baik ketika keadaan yang bising.
Setakat ini bila dengar muzik dan tonton video menggunakan FreeLace Pro, ia mempunyai audio yang cukup baik untuk sebuah fon telinga tanpa wayar tali leher. Memberi bunyi alat muzik yang kuat dan terasa nyata dengan kelantangan yang cukup. 
Bateri
Untuk ketahanan bateri, Huawei mengatakan FreeLace Pro mampu bertahan sehingga 24 jam tanpa fungsi pembatalan hingar aktif. Setelah menggunakannya, saya mendapat ketahanan bateri sekitar 19 jam tanpa cas dan ia sememangnya mengagumkan!
Cas penuh juga hanya ambil masa sekitar 1 jam sahaja dan Huawei turut mengatakan jika anda mengecas selama 5 minit, anda boleh mendengar lagu sekitar 5 jam.
Harga 
Huawei FreeLace Pro mempunyai pelbagai perkara yang anda perlukan untuk sesebuah fon telinga jenis tali leher. 

Dengan rekaan yang premium, fungsi pembatalan hingar aktif, kawalan yang mudah, bateri yang tahan lama, pengesahan IP55 daripada air dan pilihan warna menarik untuk harga RM399 bagi saya memang satu pembelian yang sangat berpatutan.
Untuk anda yang berminat, boleh beli di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN