Close

Samsung dilaporkan tidak akan menyertakan palam pengecas di dalam kotak jualan untuk Samsung Galaxy S21

 

Samsung nampaknya bakal mengikuti jejak langkah Apple apabila tidak akan menyertakan palam pengecas di dalam kotak lagi. Samsung menyatakan, bermula pada awal tahun hadapan sesetengah negara bakal menerima Galaxy S21 tanpa palam pengecas di dalam kotak.

Samsung sebelum ini memerli Apple sewaktu melancarkan iPhone 12 tanpa palam pengecas di dalam kotak. Dan nampaknya perkara ini pula akan terjadi kepada Samsung. Oleh yang demikian, Samsung telah bertindak memadam perlian kepada Apple pada Facebook mereka.

Ini bukanlah yang pertama perlian Samsung terkena pada mereka sendiri. Sebelum ini, Samsung memerli Apple membuang bicu audio dan akhirnya mereka turut melakukan perkara yang sama pada Galaxy Note 10.


Namun, apakah alasan yang akan digunakan Samsung untuk tidak menyertakan palam pengecas di dalam kotak. Nyatakan pendapat anda diruangan komen.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN