Close

Xiaomi akan ikut jejak langkah Apple, tidak menyertakan palam pengecas dalam kotak jualan Mi 11


Xiaomi Mi 11
akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Disember . Walaupun sebilangan besar tentang spesifikasi dan fungsinya telah pun bocor sebelum ia dilancarkan.

Dua hari menuju hari pelancaran Mi 11, terdapat khabar angin memberitahu yang Mi 11 tidak menyertakan palam pengecas di dalam kotak. Yang mana terdapat beberapa imej tertiris menunjukkan kotak Mi 11 mempunyai ukuran yang sama dengan kotak iPhone 12 tanpa palam pengecas di dalam kotak.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh CEO Xiaomi iaitu Lei Jun, yang menyatakan perkara ini dilakukan untuk mengurangkan kesan persekitaran.

Sebelum ini Xiaomi telah bertindak memerli Apple kerana tidak menyertakan palam pengecas pada iPhone 12. Dan kini Xiaomi pula melakukan perkara yang sama pada peranti mereka.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN