Close

Xiaomi Mi 11 menggunakan skrin paling mahal dan juga audio dari Harman Kardon

 

28 Disember merupakan hari pelancaran bagi Xiaomi Mi 11. Mi 11 juga merupakan peranti pertama yang akan dikuasakan oleh Snapdragon 888 dan membawakan sejumlah peningkatan dari segi prestasi dan juga kemampuan kameranya.

Menurut  Lei Jun, kos penghasilan skrin  Mi 11 adalah sangat tinggi di mana ia menggunakan bahan binaa berkualiti tinggi. Yang mana ia adalah skrin paling mahal pernah dihasilkan oleh Xiaomi untuk telefon pintar mereka. Ia juga bakal menjadi skrin telefon pintar paling mahal di industri buat masa ini.

Menggunakan teknologi pelindung skrin terbaru dari Gorilla Glass iaitu Victus yang turut dikenali sebagai Corning Gorilla Glass 7. Dan terdapat laporan mengatakan skrin yang digunakan pada Mi 11 adalah setanding dengan harga sebuah TV premium.

Dari segi audio, Mi 11 telah bekerjasama dengan Harmon Kardon dalam menghasilkan kualiti audio yang lebih baik. Pembesar suara Xiaomi 11 juga menggunakan reka bentuk khas, dengan dua bukaan bulat dan lima bukaan bujur, serta proses penggerudian dan pemotongan CNC.

Harman Kardon adalah sebahagian dari Harman International Industries yang ditubuhkan pada 1953 yang kini berada di bawah syarikat Samsung. Nama Harman Kardon adalah tidak asing lagi dalam penghasilan audio yang sebelum ini telah bekerjasama dengan pelbagai pengeluar seperti SoundSticks, GLA55. Mercedes-Benz, BMW, Mini, Land Rover dan Chrysler.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN