Barisan iPhone seterusnya masih mengekalkan empat jenis model seperti mana pada model semasa. Yang mana ia turut menggunakan saiz skrin yang sama.
Menurut penganalisis Ming- Chi Kuo, kesemua model iPhone seterusnya akan mempunyai takuk yang kecil dan masih terdapatnya port pengecasan. Walaupun terdapat ura-ura mengatakan yang iPhone 13 tidak akan mempunyai port pengecasan.
Apple sebenarnya mahu beralih kepada iPhone tanpa port dengan penyambung MagSafe, namun Apple merasakan yang teknologi MagSafe belum cukup matang. Walaubagaimanapun kita mungkin bakal melihat iPhone tanpa port selewatnya pada 2023.
Seperti kebiasaan model premium Apple iaitu iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max dijangka hadir dengan paparan LTPO Pro Motion 120Hz bersama LiDAR. Dan kesemua model akan menggunakan kamera sudut lebar baru lensa dan autofokus yang baru.
Dan Apple juga akan meningkatkan kapasiti bateri pada semua model iPhone 13, selepas memindahkan slot SIM terus ke papan utama. Kesemua model iPhone 13 akan menjadi lebih berat kerana kapasiti bateri yang bertambah.