Close

Siri Redmi Note 10 rasmi di Malaysia – Skrin Super AMOLED dan pengecasan pantas 33W dengan harga bermula RM699

Redmi hari ini secara rasminya mengumumkan barisan baru Redmi Note 10 mereka. Dengan membawakan tiga model iaitu Redmi Note 10, Note 10 dan juga Note 10 Pro Max. Ia merupakan peranti pertama dalam keluarga Redmi hadir dengan skrin Super AMOLED.

Namun untuk pasaran Malaysia, hanya dua model sahaja yang ditawarkan buat masa ini iaitu Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro.

Redmi Note 10 Pro dikuasakan dengan Snapdragon 732G, skrin Super AMOLED bersaiz 6.67 inci FHD+ Paparan 120Hz dan menyokong kandungan HDR10 serta menggunakan pelindung skrin Gorilla Glass 5.

Untuk pilihan RAM  dan storan, Redmi Note 10 Pro hadir dengan pilihan 6GB atau 8GB dan storan 64GB atau 128GB. Kuad kamera belakang dengan sensor Samsung GW3 64 MP , 8 MP kamera sudut lebar, 5 MP telemacro, 2 MP kamera depth dan kamera swafoto 16 MP. Kapasiti bateri 5020 mAh dengan pengecasan pantas 33W tersedia didalam kotak.

Bagi Redmi Note 10 pula ia turut menggunakan paparan Super AMOLED 6.43 inci dengan paparan 60Hz. Dikuasakan dengan Snapdragon 678 bersama pilihan RAM  4GB atau 6GB dan storan 64GB atau 128GB.

Pada bahagian kamera, Redmi Note 10 meggunakan tetapan kuad kamera dengan kamera utama Sony IMX582 48MP, 8MP kamera sudut lebar dan dua sensor 2MP telemacro dan depth sensor disamping Kamera swafoto 13MP. 

Untuk kapasiti bateri, Redmi Note 10 hadir dengan 5000 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Menjalankan Android 11 dengan antaramuka MIUI 12.

Kesemua siri Redmi Note 10 juga menyokong fungsi pembesar suara jenis stereo, kalis debu dan air IP53, bicu audio 3.5mm, IR Blaster dan pengesan cap jari pada butang kuasa.

Harga jualan bagi Redmi Note 10 Pro adalah RM999 bagi 6GB/128GB dan RM1,099 bagi 8BG/128GB. Untuk harga bagi Redmi Note 10 pula adalah RM699 untuk 4GB/64GB dan RM799 untuk 6GB/128GB. Pra tempah bagi Redmi Note 10 akan bermula pada 8 Mac dan bagi Redmi Note 10 Pro pula bermula pada 15 Mac.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN