Close

Siri Nubia Red Magic 6 kini rasmi – Peranti pertama dengan paparan 165Hz

 

Nubia hari ini mengumumkan barisan baru peranti Gaming mereka iaitu Red Magic 6. Hadir dengan dua varian iaitu Red magic 6 dan juga Red Magic 6 Pro. Reka bentuk Red Magic 6 kali ini dilihat lebih agresif seperti mana spesifikasinya.

Secara keseluruhan spesifikasi bagi Red Magic 6 dan Red Magic 6 Pro tidaklah begitu ketara. Hanya dipisahkan dengan beberapa faktor seperti Red Magic 6 Pro mempunyai sistem pengecasan pantas 120W, RAM sehingga 18GB dan storan sehingga 512GB.

Siri Red Magic 6 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8 inci FHD dengan paparan dinamik 165Hz.  Menyokong multi-touch sampling rate dengan kadar 360Hz dan one-finger touch sampling sehingga 500Hz. Skrin Red Magic 6 juga menyokong warna 10 bit dan pengimbas cap jari dibawah skrin.

Kedua-dua varian menggunakan Snapdragon 888 digabungkan dengan RAM LPDDR5 dan UFS 3.1. Menggunakan tetapan tri kamera dengan kamera utama adalah 64 MP, 8 MP kamera sudut lebar dan 2 MP kamera makro.

 

Untuk kapasiti bateri, Red Magic 6 hadir dengan 5050mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W dengan 38 minit untuk pengecasan penuh. Namun pada Red Magic 6 Pro ia hadir dengan kapasiti bateri yang lebih kecil sedikit iaitu 4500mAh dengan pengecasan pantas 120W yang mampu mengecas dari 0% ke 50% dalam masa 5 minit. Kedua-dua model mempunyai bicu audio 3.5mm.

Fungsi Air Trigger pada Red Magic 6 telah ditambahbaik dengan menyokong touch sampling rate sehingga 400Hz untuk meminimumkan input latency. Kipas penyejuk kini boleh berputar sehingga 18,00 RPM pada Red Magic 6 dan pada Red Magic 6 Pro sehingga 20,00 RPM untuk memastikan suhu sentiasa terkawal. 

Harga pasaran siri Red Magic 6 bermula dengan RM2,384 (CNY 3,799) untuk model asas 8GB/128GB, model asas bagi Red Magic 6 Pro RM 2,761 (CNY 4,399) untuk 12GB/128GB dan bagi Red Magick 6 Pro Transparent Edition pula adalah RM4,141( CNY 6,599 ) dilengkapi dengan RAM 18GB dan storan 512GB.

Pra tempah bagi siri Red Magic 6 dijadulkan pada 11 Mac di China. Namun tiada sebarang info bilakah siri Red Magic 6 akan memasuki pasaran Global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN