Teknologi peranti dengan skrin yang boleh lipat dilihat semakin rancak pada tahun ini apabila pengeluar fon dari China seperti Honor dan OPPO juga turut serta. Menerusi laporan terbaru, Apple juga tidak terkecuali.
Berdasarkan maklumat yang ditiriskan oleh Dylandkt, Apple dalam fasa eksperimen pelbagai jenis prototaip iPhone dengan teknologi skrin yang boleh lipat. Apple juga dikatakan sedang memerhati kehendak pasaran dan menaiktaraf kekurangan yang dilakukan oleh pesaing mereka.
Memetik maklumat yang pernah dikongsikan oleh Ming-Chi Kuo pada Mei 2021, menyatakan bahawa Apple mungkin menggunakan panel skrin fleksibel OLED QHD+ bersaiz 8-inci pada peranti dengan skrin boleh lipat mereka yang bakal diperkenalkan sekitar tahun 2023.
Bagaimanapun, rekaan dan prototaip masih belum tertiris. Mungkin kita akan lihat tak lama lagi dan sama-sama nantikan bagaimana rekaan dan teknologi yang bakal Apple perkenalkan pada peranti dengan skrin boleh lipat mereka nanti.
(Sumber)