Close

China berjaya cipta rekod kepantasan 6G yang beratus kali ganda lebih laju dari 5G

Rangkaian 5G dilihat sedang rancak digunakan pada beberapa negara, termasuk Malaysia sendiri yang sudahpun boleh digunakan di beberapa kawasan bandar utama. Dalam laporan terbaru, China sedang menguji dan mengkaji teknologi 6G. Iaitu rangkaian generasi seterusnya yang lebih pantas dari 5G.

Dalam ujian yang dilakukan melalui spektrum gelombang terahertz, para pengkaji China berjaya mendapat kelajuan pemindahan data sehingga 206.25 Gbps yang dilihat telah memecah rekod dunia dan beratus kali ganda lebih laju berbanding kelajuan 5G yang pernah direkodkan.

Walaupun China berjaya mendapat rekod kepantasan setinggi itu, spesifikasi atau teknologi yang digunakan pada 6G masih belum dikongsikan secara umum dan hanya diuji di dalam makmal. Dalam laporan sebelum ini, 6G dijangka akan digunakan secara meluas menjelang tahun 2030.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN