Pada minggu lalu Elon Musk telah mengumumkan bidaan secara rasmi untuk membeli Twitter sekaligus mengeluarkannya dari pasaran saham. Dan hari ini, Twitter mengumumkan yang mereka telah memeterai perjanjian untuk diambil alih oleh Elon Musk dengan nilai 44 Billion iaitu sekitar RM191.7 Billion.
Pada permulaan, Twitter dilihat tidak mahu menjual tetapi selepas beberapa hari Twitter secara rasmi mengumumkan yang mereka menerima tawaran dari Elon Musk. Elon Musk akan menjadikan Twitter sebagai salah satu platform yang akan berkongsi pelbagai perkara dan menjadikan ia sebagai salah satu platform bebas.
Elon Musk menyatakan yang beliau akan mempertingkatkan produk dan perubahan serta penambahan ciri baru pada Twitter. Seterusnya meningkatkan kepercayaan dengan algoritma sumber terbuka dan menyelesai masalah bot berbentuk spam. Elon Musk juga mahu menjadikan Twitter lebih baik dari sebelumnya dan berharap dapat bekerjasama dengan komuniti pengguna untuk kearah tersebut.
Proses pengambil alihan Twitter dijangka akan di selesai pada tahun ini, Twitter akan menjadi syarikat milik persendirian dan tidak akan lagi mempunyai sahamnya didagangkan di mana-mana bursa saham.