Asus Vivobook 15X OLED secara rasminya memasuki pasaran tempatan. Melaluinya, Asus menawarkan dua model baharu yang dijana menggunakan cip AMD Ryzen 5 dan AMD Ryzen 7.
Dari segi spesifikasi, kedua-duanya tampil dengan skrin bersaiz 15.6-inci OLED dengan resolusi 2.8K yang turut menyokong paparan sehingga 120Hz. Dilengkapi dengan RAM sehingga 8GB DDR4 dan storan dalam sehingga 512GB M.2 NVMe.
Komputer riba ini dimuatkan dengan bateri sebesar 70Wh yang mampu bertahan sehingga 14 jam penggunaan. Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas 90W. Untuk sokongan port, ia hadir dengan USB-C 3.2 Gen x1, USB-A 3.2 Gen x2, USB-A 2.0 x1, bicu audio 3.5mm, HDMI dan lain-lain.
Beberapa fungsi lain turut hadir pada Asus Vivobook X15 OLED seperti papan kekunci ASUS Antibacterial guard yang mampu menghapuskan bakteria, pengimbas cap jari dan juga boleh dibuka sehingga 180 darjah.
Untuk penawaran di Malaysia, Asus Vivobook X15 OLED dijual pada tanda hargabermula RM3,299 untuk model AMD Ryzen 5 5600H dan RM3,699 untuk model Ryzen 7 5800H.