Huawei akhirnya membawakan fon telinga tanpa wayar baharu mereka iaitu FreeBuds Pro 2 untuk pasaran tempatan.
Huawei Freebuds Pro 2 secara keseluruhan membawakan rekaan yang lebih ringan dan kecil berbanding model sebelumnya.
Hadir dengan penalaan bunyi dari Devialet dan juga sistem True Sound Dwi-speaker dengan 11 mm dynamic driver. Selain itu, ia juga menyokong teknologi Intelligent Dynamic ANC 2.0 yang dapat mengurangkan hingar sehingga 47dB.
Dari segi jangka hayat bateri,
FreeBuds Pro 2 boleh digunakan sehingga 30 Jam dan mendengar muzik selama 6.5 jam apabila digunakan bersama sarung pengecasan dengan mod ANC dimatikan.Terdapat 3 warna ditawarkan iaitu Silver Blue, Silver Frost Silver dan Ceramic White.