Berdasarkan dari Senarai terkini, Google Pixel 7 Pro menduduki tempat pertama dalam ujian kamera yang dilakukan oleh DXOmark dengan jumlah skor 147, berkongsi mata dengan Honor Magic4 Ultimate dikedudukan kedua. Manakala, iPhone 14 Pro berada dikedudukan ketiga dengan perbezaan satu mata iaitu 146.
Menurut DXOmark, Google Pixel 7 Pro membawakan peningkatan kamera yang ketara berbanding Google Pixel 6 Pro. Keupayaan fokus dan pemproses imej pada Google Pixel 7 Pro adalah lebih baik dan lebih pantas. Imej yang dihasilkan juga adalah sangat baik dengan warna yang dihasilkan sangat tepat termasuk warna tona kulit dan warna kontras yang semula jadi.
Dari segi rakaman video, pada keadaan cahaya rendah Google Pixel 7 Pro dilihat menghadapi beberapa masalah seperti keperincian tidak dapat dikekalkan dan juga masalah fokus apabila merakam pada jarak yang lebih dekat.