Samsung Malaysia kini menawarkan dua tablet baru ke pasaran tempatan iaitu Galaxy Tab S12+ dan S12 Ultra.

Samsung Galaxy Tab S12 Ultra merupakan model paling premium, hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 14.6-inci dengan rersolusi 2960 x 1848. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga1600 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB dengan sokongan slot mikroSD sehingga 2TB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 12MP Ultra Lebar. Dimuatkan dengan bateri 11,600mAh yang menyokong pengecasan 45W. Tablet ini turut menyokong penarafan IP68, sokongan S-Pen dan pengimbas cap jari bawah skrin.

Manakala untuk Galaxy Tab S12+, ia dilengkapi dengan skrin Dynamic OLED 2X bersaiz 12.6-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Turut dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB, turut menyokong memori tambahan mikroSD sehingga 2TB.
Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP Ultra dan swafoto 12MP Ultra Lebar. Dimuatkan dengan bateri 10,600mAh yang menyokong pengecasan 45W. Tablet ini turut menyokong penarafan IP68, sokongan S-Pen dan pengimbas cap jari bawah skrin.
Kedua-dua tablet menjalankan sistem operasi One UI 9 yang berasaskan Android 17, menyokong empat pembesar suara jenis stereo, WiFi 7 / WiFi 6E dan Bluetooth 6.0. Selain itu, tablet ini turut didatangkan dengan Book Cover Keyboard Slim dan S Pen untuk setiap pembelian.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Tab S12+ dijual pada harga RM4999 untuk versi WiFi dan RM5649 untuk versi 5G. Manakala, untuk Samsung Galaxy Tab S12 Ultra dijual pada harga RM5999 untuk versi WiFi, dan RM6649 untuk versi 5G. Lebih menarik, setiap pembelian akan disertakan dengan langganan percuma Google AI Pro selama 6 bulan dan Photoshop selama 4 bulan.