Nothing Headphone (1) Pro tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, produk audio terbaru dari Nothing yang tampil dengan rekaan yang unik dan menawarkan pengalaman audio yang lebih baik.

Nothing Headphone (1) Pro masih mengekalkan identiti rekaan mereka iaitu lut sinar. Dari segi binaan, ia menggunakan bahan binaan titanium dan juga aluminium. Dimuatkan dengan tiga driver dengan driver utama 40mm, PEN Precision Dynamic driver dan xMEMS driver untuk treble.

Selain itu, ia turut menyokong spatial audio untuk pengalaman audio 3D yang lebih baik, CODED resolusi tinggi, serta ANC sehingga 46 dB melalui 10 mikrofon. Tidak ketinggalan, Nothing Headphone (1) Pro turut dibantu dengan Metropolis Studios bagi menghasilkan bunyi yang lebih baik dengan sentuhan audio profesional.

Untuk kawalan, terdapat butang kawalan fizikal dimuatkan dengan sokongan butang untuk mengaktifkan Flat EQ, membolehkan pengguna menukar profil bunyi secara pantas. Dimuatkan dengan bateri 1060mAh yang menawarkan penggunaan sehingga 68 jam dengan mod ANC dimatikan dan dengan pengecasan pantas 5 minit ia boleh digunakan sehingga 4 jam.

Di Malaysia, Headphone (1) Pro ini ditawarkan pada harga RM1499 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan juga putih. Bagi yang berminat, Nothing Headphone (1) Pro boleh dipra-tempah bermula 6 Oktober 2026 dengan jualan pertama akan diumumkan tidak lama lagi