Xioami secara rasmi mengesahkan ketibaan siri Xiaomi 18 Pro ke pasaran global pada 17 November 2026. Acara tersebut akan berlangsung di Paris dan akan disiarkan secara langsung melalui platfrom atas talian rasmi.

Pada acara ini, Xiaomi dijangka akan memperkenalkan dua pilihan model di bawah siri Pro iaitu 18 Pro dan 18 Pro Max. Kedua-dua model bakal membawa pelbagai peningkatan yang lebih baik dan menarik berbanding generasi sebelumnya.

Perkara menarik mengenai peranti ini adalah sokongan Back Display yang boleh digunakan untuk memaparkan pelbagai maklumat seperti notifikasi, kawalan media, navigasi, skrin pratonton untuk mengambil gambar dan sebagai.
Buat masa ini, Xiaomi belum lagi mendedahkan spesifikasi penuh untuk siri Xiaomi 18 Pro. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak, jadi sama-sama kita nantikan.