Close

Dummy iPhone 18 dan Air 2 diperlihatkan – iPhone Air 2 guna dua kamera belakang

Imej yang didakwa menunjukkan model dummy iPhone 18 dan iPhone Air 2 kini tersebar. Apa yang menarik, model yang dikaitkan dengan Air 2 dilihat mempunyai dua kamera belakang.

Model itu masih menampilkan bahagian kamera mendatar yang menonjol di belakang, tetapi dengan dua tetapan kamera yang diletakkan bersebelahan. Jika digunakan pada produk akhir, ia menjadi perubahan berbanding iPhone Air generasi pertama yang mempunyai satu kamera belakang.

Dua iPhone Air generasi pertama dalam warna biru dan putih, bukan iPhone Air 2.

Untuk iPhone 18 pula, dummy yang ditunjukkan mempunyai dua kamera kamera belakang yang disusun secara menegak dalam modul berbentuk pil. Susunannya kelihatan hampir sama dengan iPhone 17.

Bagaimanapun, ini masih kebocoran yang belum disahkan Apple. Model dummy bukan unit jualan dan tidak membuktikan spesifikasi kamera atau reka bentuk akhir kedua-dua peranti.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN