Close

iPhone Air 2 mungkin hadir dengan cip A20 dan kamera ultra lebar 48MP

Apple dijangka bakal membawa beberapa peningkatan menarik untuk iPhone Air generasi seterusnya. Menurut laporan, iPhone Air 2 dijangka hadir dengan skrin lebih besar, cip generasi baru dan dua kamera belakang.

iPhone Air 2 berkemungkinan hadir dengan skrin OLED jenis rata bersaiz 6.55-inci dengan resolusi 1.5K,. Saiz skrin ini sedikit lebih bersar berbanding model sebelumnya iaitu 6.5-inci. Dari segi prestasi, iPhone Air 2 dijangka hadir dengan cip A20 yang menggunakan teknologi binaan 2nm menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik.

Peningkatan paling ketara adalah pada sistem kamera, iPhone Air 2 berkemungkinan hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 48MP dan kamera ultra lebar 48MP. Selain kamera, peranti ini dijangka hadir dengan kapasiti bateri yang besar berbanding model sebelumnya.

Tiada maklumat mengenai ketibaan peranti ini, namun terdapat laporan mendedahkan iPhone Air 2 dijangka akan diperkenalkan bersama dengan iPhone 18 dan iPhone 18e pada 2027.

ARTIKEL BERKAITAN