Apple mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan masalah kerosakan skrin dalaman iPhone Duo yang dilaporkan oleh sebilangan pengguna.
Dalam kenyataan rasmi tersebut, Apple memaklumkan pihak mereka menyedari masalah skrin dalaman iPhone Duo yang menjejaskan sejumlah pengguna. Walau bagaimanapun, Apple menegaskan kebanyakan unit yang dijual tidak mengalami masalah tersebut.

Pengguna yang terkesan dengan masalah tersebut diminta menghubungi AppleCare untuk mendapatkan untuk gantian. Menariknya, untuk masalah ini pengguna tidak perlu melanggan AppleCare+ sekaligus memudahkan urusan penggantian.
Walau bagaimanapun, Apple tidak mendedahkan jumlah sebenar unit yang terjejas atau punca kepada kerosakan tersebut. Sebelum ini, beberapa pengguna awal iPhone Duo berdepan masalah kerosakan skrin dalaman dengan engsel atau hinge dikatakan menjadi punca kepada isu berkenaan.

Engsel iPhone Duo dikatakan menjadi lebih keras dari biasa dan mengeluarkan bunyi patah atau retak apabila dibuka. Kerosakan skrin dalaman tersebut menunjukkan corak yang hampir sama iaitu muncul garisan menegak di bahagian tengah skrin serta satu lagi garisan mendatar yang memanjang ke bahagian kanan skrin.