Fon lipat pertama dari Apple iaitu iPhone Duo dilaporkan hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4883mAh.
Maklumat tersebut diperolehi dari label tenaga rasmi Kesatuan Eropah (EU) yang dikeluarkan menjelang ketibaan peranti tersebut. Menurut laporan, Apple telah menyenaraikan label tenaga EU bagi iPhone Duo sebelum jualan dan penghantaran peranti tersebut bermula pada minggu ini.

Melalui label tersebut, ia mendedahkan iPhone Duo dimuatkan dengan bateri lithium-ion berkapasiti 4883mAh yang dibahagikan kepada dua bahagian. Label tenaga tersebut turut mendedahkan tahap ketahanan baterinya berdasarkan penilaian rasmi, mampu bertahan sehingga 51 jam 30 minit untuk satu pengecasan penuh.

Selain itu, label tenaga itu turut menyatakan bateri pada iPhone Duo mampu mengekalkan prestasinya sekurang-kurangnya sehingga 1000 kitaran pengecasan. Kapasiti bateri yang digunakan mungkin sama di semua pasaran memandangkan iPhone Duo hanya ditawarkan dalam eSIM sahaja.