Close

Apple mungkin kembali guna binaan titanium pada iPhone 20 Pro

Apple mungkin kembali menggunakan binaan titanium pada iPhone 20 Pro yang dijangka tiba pada 2027.

Menurut laporan, Apple dikatakan sedang mempertimbang untuk menggunakan binaan titanium pada iPhone 20 Pro. Perubahan rekaan atau binaan ini dikatakan sempena ulang tahun ke-20 Apple pada 2027.

Apple dikatakan telahpun memulakan pembangunan awal iPhone 20 Pro. Laporan lain mendedahkan, iPhone 20 Pro berkemungkinan hadir dengan rekaan seperti iPhone Air, namun dengan bentuk yang lebih bulat.

Laporan ini agak menarik, memandangkan Apple pernah menggunakan binaan titanium pada iPhone 15 Pro dan iPhone 16 Pro sebelum beralih semula kepada binaan aluminium pada iPhone 17 Pro dan iPhone 18 Pro. Sekiranya laporan ini tepat, iPhone 17 Pro dan iPhone 18 Pro mungkin menjadi satu-satunya model Pro yang menggunakan binaan aluminium selepas siri iPhone 15 Pro.

Selain binaan, iPhone 20 Pro juga dikatakan bakal hadir dengan rekaan yang lebih melengkung. Sebelum ini, telah ada laporan mendedahkan yang Apple sedang membangunkan skrin jenis quad-curved dengan bezel yang sangat nipis untuk menjadikan pengalaman skrin yang lebih luas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN