Harga beberapa model iPhone di Malaysia kini lebih tinggi berbanding harga pelancaran asal. Pelarasan yang dilaporkan sejak September lalu masih terpakai di Apple Store Malaysia, melibatkan iPhone 17e, iPhone 17 dan iPhone Air.
Kebanyakan pilihan storan naik RM300. Tapi untuk iPhone Air 1TB, kenaikannya jauh lebih besar, iaitu RM1,300.

iPhone 17e
256GB: RM2,999 → RM3,299
512GB: RM3,999 → RM4,299
iPhone 17
256GB: RM3,999 → RM4,299
512GB: RM4,999 → RM5,299
iPhone Air
256GB: RM4,999 → RM5,299
512GB: RM5,999 → RM6,299
1TB: RM6,999 → RM8,299
Harga di atas merujuk kepada Apple Store Malaysia. Ini pelarasan sejak September, bukan kenaikan baharu yang diumumkan hari ini.