Close

Jensen Huang bukan lagi CEO dan Presiden NVIDIA

NVIDIA mengumumkan perubahan besar dalam barisan kepimpinannya apabila Jensen Huang meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden syarikat itu berkuat kuasa serta-merta.

Jensen Huang melepaskan kedudukannya sebagai ahli lembaga pengarah syarikat selepas menerajui NVIDIA selama 33 tahun sejak diasaskan pada 1993. Berikutan dari itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) NVIDIA iaitu Colette Kress, telah dilantik sebagai CEO interim.

Untuk rekod, Colette Kress menyertai NVIDIA pada September 2013 dan telah mengetuai bahagian kewangan syarikat selama lebih 13 tahun. Sebelum itu, beliau mempunyai pengalaman hampir 25 tahun dalam bidang kewangan di beberapa syarikat teknologi, termasuk Cisco dan Microsoft.

Ketika ini, Lembaga Pengarah NVIDIA telahpun memulakan proses pencarian CEO baru dengan mempertimbangkan calon daripada dalam dan luar syarikat.

Dalam pada yang sama, NVIDIA turut merakamkan penghargaan kepada Jensen Huang atas sumbangan besarnya kepada syarikat dan industri teknologi. Perubahan kepimpinan ini menandakan satu perkembangan penting buat NVIDIA, yang kini sedang meneruskan operasi di bawah kepimpinan sementara Colette Kress sementara proses pemilihan CEO tetap dijalankan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN