Close

iPhone 18 dan 18e dijangka hadir dengan skrin dan bateri yang sama

iPhone 18 dan 18e yang dijangka tiba pada tahun depan berkemungkinan hadir dengan beberapa persamaan dari segi spesifikasi.

Menurut laporan, Apple dijangka menawarkan beberapa persaman pada iPhone 18 dan 18e yang mana kedua-dua model akan berkongsi saiz skrin dan kapasiti bateri yang sama. Merujuk kepada maklumat, iPhone 18 dikatakan hadir dengan bateri 20% lebih besar iaitu 4430mAh berbandingan iPhone 17 dengan 3692mAh. Menariknya, iPhone 18e akan turut dilengkapi dengan kapasiti bateri yang sama.

Selain, kedua-dua model ini akan dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.3-inci namun dibezakan dengan teknologi paparan. Untuk iPhone 18 ia menyokong paparan 120Hz sementara untuk iPhone 18e ia hanya menyokong paparan 60Hz sahaja.

Untuk prestasi, kedua-dua berkemungkinan akan dikuasakan dengan cip Apple A20 dengan binaan teknologi 2nm TSMC. iPhone 18 akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 48MP manakala iPhone 18e hanya dilengkapi dengan tetapan satu kamera belakang 48MP.

iPhone 18 dan iPhone 18e dijangka akan diperkenalkan sekitar Mac atau April 2027. Selain iPhone 18 dan 18e, iPhone Air 2 berkemungkinan akan turut tiba pada acara yang sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN