Close

Samsung dijangka perkenal pelan Galaxy AI Premium

Samsung dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan pelan langganan berbayar menerusi Galaxy AI Premium.

Melalui langganan ini, pengguna akan menerima lebih banyak ciri kecerdasan buatan (AI) pada peranti Galaxy. Walau bagaimanapun, semua ciri Galaxy AI sedia ada akan kekal percuma. Namun begitu, beberapa ciri baru akan ditawarkan dengan akses terhad memerlukan langganan sekiranya pengguna mahukan akses yang lebih banyak.

Antara ciri baru yang dijangka akan diperkenalkan melalui Galaxy AI Premium adalah Bixby Action, Daily Breifing, Gen Video, Galaxy Claw dan Expanded AI Usage limit.

Samsung dijangka akan memperkenalkan tiga pilihan pelan untuk Galaxy AI Premium iaitu Starter, Plus dan Pro. Ketiga-tiga pelan ini akan ditawarkan dengan jumlah kredit yang berbeza 10,000 untuk Starter, 20,000 untuk Plus dan 50,000 untuk Pro.

Selain pelan berasaskan kredit, Samsung turut dijangka akan memperkenalkan struktur langganan berasingan untuk beberapa fungsi AI seperti terjemahan bahasa, ringkasan teks dan penjanaan imej. Untuk pengguna percuma, had terjemahan untuk bahasa adalah 10 kali sehari, ringkasan teks 5 kali sehari dan penjanaan imej 2 kali sehari.

Buat masa ini, Samsung masih belum mengumumkan sebarang maklumat rasmi mengenai pelan Galaxy AI Premium, termasuk harga langganan dan tarikh pelancarannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN